Wednesday, June 10, 2015

Percutian murah dan bujet ke Pulau Lang Tengah


Assalammualaikum kepada semua bloggers. Tulisan kali ini adalah berkaitan dengan percutian sy bersama isteri terbaik dan memahimi (Dr.khairunnisa saiman) dan anak kesayangan sy yg comel (wan roszalina). Kami bertolak dari rumah (taman desa jaya) pd jam 0935; yg mana percutian kami ini sy baru rancang pd mlm sebelum nya Konon2 ini our first backpacker family's trip. Kami tiba di jeti Merang setengah jam kemudian dan terus bertanya berkenaan harga ke pulau. Pada asal nya kami ingin ke Pulau Redang namun disebabkan penuh (sebab cuti sekolah pertengahan tahun) maka kami tukar rancangan ke Pulau Lang Tengah (lokasi pulau Lang Tengah terletak di antara pulau Redang dan pulau Perhentian). Sy berjaya mendapat pakej rm215/seorang termasuk makan minum, bilik berhawa dingin dan bot laju dari jeti ke pulau (return). Jumlah kami berdua termasuk anak kami berumur 1thun 1bulan ialah rm430 (sy tidak mengambil aktiviti snorkling di Taman Laut jika ambil harga nya ialah rm250 seorang. Sy dapat pakej ini dari  pakcik bot iaitu Pak Ku Mansor (Ku Mansor Ku Ngah no.hp: 0199852259/ 0199842259) merangkak menolong membangunkan chalet yang kami pergi iaitu Lang Tengah Island Challet (nama lama chalet ini ialah Lang Sari chalet). Kami menaiki bot laju dari jeti tersebut menuju ke chalet memakan masa hamper 40minit dan setibanya kami di sana disambut oleh pekerja di sana. Kemudian die(pekerja bangla aduii mana budak2 melayu ni) memberitahu bahawa chalet ini mempunyai tenaga elektrik bermula jam 1800 sehingga keesokkan hari nya 0900 dan 1200 hingga 1500. Sy tidak terkejut die menyatakan begitu disebabkan chalet ini hanya chalet bujet dan murah kerana menggunakan genset (terima jelah dah nama nya backpakers). Di chalet ini terdapat beberapa kemudahan seperti berikut:-

1) bilik jenis kipas (dengan bilik air di dalam)
2) bilik jenis berhawa dingin (bilik air di dalam)
3) dewan makan
4) kedai mkn (msk kan panas dan mamak)
5) tempat BBQ
6) padang pasir bola tampar

Kami meluangkan masa selama 2hari 1 mlm di sana dan misi sy untuk backpacks bersama anak dan isteri tercapai (walaupun chalet ini agak lama dan usang sbb tuan milik asal (orang melayu kite) chalet ini sudak tidak menguruskan dengan baik dan membiarkan chalet ini rosak oleh anai2 dan tidak jaga maintanence (pengurusan mmg out. Smg menjadi iktibar pada kita semua dari segi amanah, tanggungjawab dan sikap kerana semua perkara ini akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak). Tapi kalau nk percutian murah dan bujet di sini lah tempatnya tapi banyakkan bersabar sbb chalet ini baru je mula beroperasi sebulan lepas April 2015 setelah 3tahun tutup sbb bankrupt. Cerita ini diceritakan sendiri oleh Pak Ku Mansor tersebut kepada sy. Wallahu'alam). Ok nikmati gambar2 dibawah. Terima kasih kesudian meluangkan masa baca blog sy. Wslm.
Kami tiba di Lang Tengah island chalet menaiki bot laju. Bagi yg bwk anak2 bwh 3tahun disarankan guna baby karrier

Bergambar di depan jeti chalet. Air sgt jernih dan ikan2 cantik pn byk di sini

Sy berenang free dive menggunakan goggle dan fin. Bagi yang suke berenang jgn lupe fin dan goggle

Berjalan sepanjang pantai (long beach). Gambar resort dibelakang ialah D'coconut resort (mahal)

Bergambar sebelum bertolak pulang

Gambar dari bot semasa perjalan pulang. Bye2

No comments:

Post a Comment