Wednesday, June 10, 2015

Percutian murah dan a-day-trip ke Pulau Kapas

Assalammualaikum kpd semua pembaca dan bloggers. Penulisan kali ini ialah berkaitan dgn percutian murah/ bujet dan a-day-trip di Pulau Kapas, Marang Terengganu. Pd Jun 2014 sy telah membawa keluarga ipar ke pulau tersebut. Slps meletakkan kereta di kawasan yg telah ditetapkan (kene byr rm5-10/ hari) kami mencari pakej percutian di kedai percutian berdekatan kawasan letak kereta dan kami membayar sebanyak RM55/sorang untuk pakej a-day-trip (rm35 utk feri pergi-balik, rm20 utk sewa snorkling gear & life jacket). Kalo bg yg ingin pergi dlm kuantiti ramai (melebihi 15orang cuba minta diskaun sbb biasa nya kalo ramai mmg diorg bagi harga yg lebih rendah dr RM55). Bagi yang naik bot laju kene byr rm45 (lebih mhl dr feri sbb bot laju lbh cepat sampai dan anda boleh pilih bila2 waktu utk pergi. Feri dah ada waktu tetap; jam8/10pagi dan pulang plg lwt jam4/5ptg). Mengambil masa kurang dari 20minit dengan feri kami tiba di kawasan snorkling dan terus terjun. Bagi yg dh biasa snorkling bwk fin dan goggle sendiri lebih jimat. Terpulang pada kita nk snorkling berapa lama (biasa nya 3jam dah lame) kemudian kami ke kawasan tepi pantai utk berehat dan berenang di sana. Secara rumusannya pulau Kapas ini sesuai bagi yg kesuntukan masa utk bercuti sbb pulau ini bila2 masa dan hari boleh pergi kecuali musim tekunjuh (bermula pertengah bulan October sehingga pertengahan februari semua resort dan hotel tutup). Wslm.
Gambar dr dalam feri. Feri ini boleh memuatkan sehingga 35 org pd satu2 masa

Pemandangan jeti Marang dr Feri MGH

Pulau kps jg boleh dinaiki menggunakan bot laju yg mengambil ms 10-15 minit shj

Utk day trip feri /bot laju tersebut akn terus hntr ke tmpt snokrling

Pemandangan pantai pulau Kps

Boleh bermain lyg2 di pulau

Ade pokok yg redup utk berehat

Percutian Honeymoon di Pulau Perhentian

Assalammualaikum w.b.t kpd semua bloggers. Penulisan kali ini adalah berkaitan percutian bulan madu sy dengan isteri pada 4 Mac 2013 di Pulau Perhentian. Selepas meletakkan kenderaan di kawasan parking (kene byr Rm20) kami bertolak dr jeti Besut jam 4petang dan mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke chalet Fauna kerana faktor angin dan ombak yang kuat sebelah petang. Sesudah sampai kami check in dan ke pantai untuk buat pemantauan kemudahan yang ada dan persekitaran. Berikut kemudahan dan kawasan persekitaran chalet tersebut:-
1) bilik untuk 2 orang dewasa berkipas (bilik air di dalam)
2) bilik untuk 2 orang dewasa berhawa dingin (bilik air di dalam)
3) bilik untuk 4 orang dewasa berhawa dingin (bilik air di dalam)
4) tapak untuk berkhemah (kalau nk berkhemah kene byr tapak dan cas air bilik air/tandas)
5) dewan makan
6) tempat BBQ
7) depan chalet ade jeti dan boleh free and easy snorkling (sewa goggle rm10-15) dpn chalet
8) bersebelah chalet ni ade kedai/pusat untuk belajar/ sewa alatan scuba diving
9) gerai jual burger dan air minuman
10) boleh sewa kayak dan paddler (1 set sekali dgn cas rm15/sejam- nego)
11) ruang tamu di dlm dewan mkn dilengkapi TV

Bagi sesiapa yg ingin ke sana boleh hubungi Abg Asmadi org Besut (hp no: 019-9782254, no.tel chalet: 09-6911607, 09-6911606). Kami meluangkan masa slm 3hari 2 malam dgn pakej berbulan madu pada harga rm780 (termasuk mkn minum 4x sehari, snorkling di 4 check point Tmn Laut, Bot laju, bilik tidur dan tiket masuk ke tmn laut). Secara keseluruhan chalet ini bersih dan terjaga. Sy sarankan pada mana2 pasangan,keluarga dan kenalan dptkan percutian anda di sini. Terima kasih.



sampai di Fauna Challet
Bergambar di depan Fauna Challet

Kawasan Fauna Chalet

Tentatif percutian honeymoon dgn pakej rm800 all in selama 3hari 2mlm

Kawasan panati depan fauna chalet

Bergambar bersama bot laju (bot yg bw dr jeti)

Berkayak dengan harga rm15 sejam

snorkling di taman laut pulau perhentian

Menu mkn sedap sbb pakej honeymoon so boleh demand mcm2 hehe

snorkling lagi sbb di Pulau perhentian ade 4 check point tmn laut

Ini bilik kami muat utk 2 org. Kipas je

Gambar di depan chalet

Naik bot nak g snorkling

Percutian di Tanah Tinggi Cameron

Petik strawberi sendiri

Bergambar di depan resort

Bergambar di taman bunga
Assalammulaikum tulisan kali ini ialah mengenai percutia sekeluarga besar di Cameron Highlands pada 31Jan hingga 1Feb 2015. Sy telah menempah hotel melalui groupon dngan harga rm 265/ unit (sy belanja hotel sbb dpt bonus gaji sebulan). Berikut reservation yg sy buat:
 
Thank you for purchasing our deal on Groupon. We are pleased to inform that your reservation is now confirmed.
 
Arrival                                  : 30/1/2015 
Departure                           : 31/1/2015
3 Bedrooms Apartment   : 2 unit
 
Note: A surcharge of MYR100.00 (payable upon arrival by cash only) per Groupon per night is applicable for stay during Malaysian School Holidays, Fridays and/or Saturdays
 
We look forward to welcome you at Cameron Highlands.
 
 
Thank you.
 
Sincerely,
Ms.Ting
Parkland Apartments, Cameron Highlands
 
Kami meluangkan masa selama 2hari 1 mlm di sana. Perjalanan kami dari Kuala Nerus mengambil masa 6jam setengah hingga 7 jam disebabkan waktu itu jalan under renovation (kejadian banjir yg teruk melanda pantai timur Terengganu dan Kelantan pd hjg tahun 2014) melalui jalan Kenyir- Felda Aring-Dabong- Gua Musang. Mmg mencabar dan menakutkan sbb terpaksa melalui runtuhan jalan dan jalan yg tidak berturap (dahlah bwk exora je). Secara keseluruhan hotel tersebut mmg bersih, kemas dan kemudahan lengkap termasuk mempunyai 3 bilik dan 3 bilik air. Aircond takde tak payah Tanya sebab sana mmg sejuk!

Percutian murah dan bujet ke Pulau Lang Tengah


Assalammualaikum kepada semua bloggers. Tulisan kali ini adalah berkaitan dengan percutian sy bersama isteri terbaik dan memahimi (Dr.khairunnisa saiman) dan anak kesayangan sy yg comel (wan roszalina). Kami bertolak dari rumah (taman desa jaya) pd jam 0935; yg mana percutian kami ini sy baru rancang pd mlm sebelum nya Konon2 ini our first backpacker family's trip. Kami tiba di jeti Merang setengah jam kemudian dan terus bertanya berkenaan harga ke pulau. Pada asal nya kami ingin ke Pulau Redang namun disebabkan penuh (sebab cuti sekolah pertengahan tahun) maka kami tukar rancangan ke Pulau Lang Tengah (lokasi pulau Lang Tengah terletak di antara pulau Redang dan pulau Perhentian). Sy berjaya mendapat pakej rm215/seorang termasuk makan minum, bilik berhawa dingin dan bot laju dari jeti ke pulau (return). Jumlah kami berdua termasuk anak kami berumur 1thun 1bulan ialah rm430 (sy tidak mengambil aktiviti snorkling di Taman Laut jika ambil harga nya ialah rm250 seorang. Sy dapat pakej ini dari  pakcik bot iaitu Pak Ku Mansor (Ku Mansor Ku Ngah no.hp: 0199852259/ 0199842259) merangkak menolong membangunkan chalet yang kami pergi iaitu Lang Tengah Island Challet (nama lama chalet ini ialah Lang Sari chalet). Kami menaiki bot laju dari jeti tersebut menuju ke chalet memakan masa hamper 40minit dan setibanya kami di sana disambut oleh pekerja di sana. Kemudian die(pekerja bangla aduii mana budak2 melayu ni) memberitahu bahawa chalet ini mempunyai tenaga elektrik bermula jam 1800 sehingga keesokkan hari nya 0900 dan 1200 hingga 1500. Sy tidak terkejut die menyatakan begitu disebabkan chalet ini hanya chalet bujet dan murah kerana menggunakan genset (terima jelah dah nama nya backpakers). Di chalet ini terdapat beberapa kemudahan seperti berikut:-

1) bilik jenis kipas (dengan bilik air di dalam)
2) bilik jenis berhawa dingin (bilik air di dalam)
3) dewan makan
4) kedai mkn (msk kan panas dan mamak)
5) tempat BBQ
6) padang pasir bola tampar

Kami meluangkan masa selama 2hari 1 mlm di sana dan misi sy untuk backpacks bersama anak dan isteri tercapai (walaupun chalet ini agak lama dan usang sbb tuan milik asal (orang melayu kite) chalet ini sudak tidak menguruskan dengan baik dan membiarkan chalet ini rosak oleh anai2 dan tidak jaga maintanence (pengurusan mmg out. Smg menjadi iktibar pada kita semua dari segi amanah, tanggungjawab dan sikap kerana semua perkara ini akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak). Tapi kalau nk percutian murah dan bujet di sini lah tempatnya tapi banyakkan bersabar sbb chalet ini baru je mula beroperasi sebulan lepas April 2015 setelah 3tahun tutup sbb bankrupt. Cerita ini diceritakan sendiri oleh Pak Ku Mansor tersebut kepada sy. Wallahu'alam). Ok nikmati gambar2 dibawah. Terima kasih kesudian meluangkan masa baca blog sy. Wslm.
Kami tiba di Lang Tengah island chalet menaiki bot laju. Bagi yg bwk anak2 bwh 3tahun disarankan guna baby karrier

Bergambar di depan jeti chalet. Air sgt jernih dan ikan2 cantik pn byk di sini

Sy berenang free dive menggunakan goggle dan fin. Bagi yang suke berenang jgn lupe fin dan goggle

Berjalan sepanjang pantai (long beach). Gambar resort dibelakang ialah D'coconut resort (mahal)

Bergambar sebelum bertolak pulang

Gambar dari bot semasa perjalan pulang. Bye2