Sunday, June 14, 2015

Mandi manda di kolam suria KLCC

Assalammualaikum semua bloggers. Penulisan kali ini ialah mengenai jalan2& mandi di kolam di klcc. Semperna isteri ada MIDEC conference di KLCC CC pd 12-14 Jun 2015 sy sempat ke kawasan kolam berhadapan tempat conference tersebut. Terletak di hadapan klcc (bersebelahan taman permainan knk2). Antara kemudahan yg ada disekitar klcc boleh rujuk pd gambar2 & makluman dibawah.

Kolam ini mempunyai tempat duduk untuk berteduh
Ada tempat duduk utk berehat dan tempat ini agak redup
Dari sudut ini bole ambil gambar berlatar belakang twin tower klcc

Kolam berbentuk melengkung dan luas sesuai utk kapasiti kanak2 yg ramai



Klcc ini boleh didatangi melalui lrt (stesen klcc), melalui bus awam (rapid kl/metrobus) dan kereta (melalui jalan ampang). Waktu operasi kolam ini bermula jam 0900 sehingga 1800. Kolam ini percuma, mempunyai tandas &tempat utk menyalin pakaian. Selain itu kolam ini juga berdekatan laluan utk beriadah &jogging (ada track utk runner/pedestarian) serta dekat dgn masjid klcc As-Syakirin (masjid ini buat solat jumaat, bersih dan berhawa dingin). Secara rumusan, bagi yg mempunyai masa dan tercari2 tempat utk bw anak2 boleh berkunjung ke sini. Wslm. 

No comments:

Post a Comment