Wednesday, June 10, 2015

Percutian Honeymoon di Pulau Perhentian

Assalammualaikum w.b.t kpd semua bloggers. Penulisan kali ini adalah berkaitan percutian bulan madu sy dengan isteri pada 4 Mac 2013 di Pulau Perhentian. Selepas meletakkan kenderaan di kawasan parking (kene byr Rm20) kami bertolak dr jeti Besut jam 4petang dan mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke chalet Fauna kerana faktor angin dan ombak yang kuat sebelah petang. Sesudah sampai kami check in dan ke pantai untuk buat pemantauan kemudahan yang ada dan persekitaran. Berikut kemudahan dan kawasan persekitaran chalet tersebut:-
1) bilik untuk 2 orang dewasa berkipas (bilik air di dalam)
2) bilik untuk 2 orang dewasa berhawa dingin (bilik air di dalam)
3) bilik untuk 4 orang dewasa berhawa dingin (bilik air di dalam)
4) tapak untuk berkhemah (kalau nk berkhemah kene byr tapak dan cas air bilik air/tandas)
5) dewan makan
6) tempat BBQ
7) depan chalet ade jeti dan boleh free and easy snorkling (sewa goggle rm10-15) dpn chalet
8) bersebelah chalet ni ade kedai/pusat untuk belajar/ sewa alatan scuba diving
9) gerai jual burger dan air minuman
10) boleh sewa kayak dan paddler (1 set sekali dgn cas rm15/sejam- nego)
11) ruang tamu di dlm dewan mkn dilengkapi TV

Bagi sesiapa yg ingin ke sana boleh hubungi Abg Asmadi org Besut (hp no: 019-9782254, no.tel chalet: 09-6911607, 09-6911606). Kami meluangkan masa slm 3hari 2 malam dgn pakej berbulan madu pada harga rm780 (termasuk mkn minum 4x sehari, snorkling di 4 check point Tmn Laut, Bot laju, bilik tidur dan tiket masuk ke tmn laut). Secara keseluruhan chalet ini bersih dan terjaga. Sy sarankan pada mana2 pasangan,keluarga dan kenalan dptkan percutian anda di sini. Terima kasih.



sampai di Fauna Challet
Bergambar di depan Fauna Challet

Kawasan Fauna Chalet

Tentatif percutian honeymoon dgn pakej rm800 all in selama 3hari 2mlm

Kawasan panati depan fauna chalet

Bergambar bersama bot laju (bot yg bw dr jeti)

Berkayak dengan harga rm15 sejam

snorkling di taman laut pulau perhentian

Menu mkn sedap sbb pakej honeymoon so boleh demand mcm2 hehe

snorkling lagi sbb di Pulau perhentian ade 4 check point tmn laut

Ini bilik kami muat utk 2 org. Kipas je

Gambar di depan chalet

Naik bot nak g snorkling

1 comment:

  1. Kepulauan ini mempunyai air yang jernih dan mempesonakan dan mempunyai hidupan laut yang pelbagai banyak kelihatan di kawasan ini. pakej honeymoon perhentian

    ReplyDelete